Monday, February 2, 2009

:: hari ini ::

SAYA..

1) telah mula menjalani kehidupan perkahwinan-jarak-jauh(PJJ) bersama suami saya. haihhh...


2) tahu kehidupan PJJ buat masa ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan PJJ yang akan dihadapi dalam masa dua minggu akan datang. double haihhh...


3) sedar selepas bercuti paksa rela selama seminggu, pipi saya seakan ditarik ke kiri dan kanan sehingga menyebabkan ia semakin mengembung. triple haihhh...


4) masih ada tujuh hari untuk berada di pejabat ini walaupun sebenarnya lapan hari tetapi biarlah ia menjadi tujuh hari saja, lebih sedap didengar.


PADA KETIKA INI..


1) saya sedang berfikir apakah makanan untuk berbuka puasa hari ini. jika puasa hari ini sukses, lengkaplah sudah nazar saya. insyAllah, alhamdulillah.


2) saya tetap dan sentiasa bersyukur dengan rezeki ini walaupun masih berasa sangat sedih dan sedikit kabur apabila memikirkan tentang apa yang bakal saya hadapi pada masa hadapan kelak.


3) saya masih lagi dan sentiasa akan berdoa agar sesuatu yang lebih baik atau lebih tepat MIRACLE akan berlaku dalam masa seminggu dari sekarang. amin.






cukup untuk hari ini..


pic courtesy of savagechicken.com

No comments: