Monday, October 27, 2008

:: a-a-choo!! ::

my current mode.......



pic courtesy of theflucartoons

Thursday, October 23, 2008

:: soulmate sign ::

got this article from a forward email. erm..ada ke yg sangkut??


Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!



Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!



Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...



Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.



Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...



Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..



Petanda 7

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!



Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Sunday, October 19, 2008

:: ayat ayat kita ::

*entry berbahasa ibunda*

memandangkan saya amat meminati cerita keremajaan (walaupun dah tak brp nak remaja lagi), saya telah menonton filem ini untuk keberapa ratus kali ntah semalam. bila tgk je filem ni, mesti mcm sedih2 sbb terkenangkan dia ni. di sebabkan cite ni la yg telah membuatkan dia ni diminati oleh diri saya ini. (??)

suatu ketika dulu, di zaman-takde-benda-nak-buat, saya telah mengsurf internet dan terjumpa satu laman sesawang yg menyenaraikan "kata-kata azimat" petikan dari filem pujaan saya itu. antara yg menarik minat saya ....

Katarina :You never give up do you?
Patrick : So are you saying yes?
Katarina : No.
Patrick : Then are you saying no?
Katarina : No!

kenapa ia menarik minat saya?..kerana saya telah terjumpa satu artikel di dalam simpanan saya yg berkaitan dgn petikan tersebut.



FINE

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan
pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia
yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali
gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran
rupanya, terutama sekali apabila dia sedang
mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa
anda berdua bergaduh.



LIMA MINIT

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak
dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan
berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar,
jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.



TAKDE APA-APA

Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-
jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan
perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat
dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan
memulakan pergaduhan yang akan bertahan
selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.



PERGILAH! (dengan kening terangkat)

Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si
perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA'
dan diakhiri dengan 'FINE'.



PERGILAH (dengan kening biasa)

Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang
awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan
mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit
diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia
akan bercakap kembali dengan anda dalam
masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.



MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi
kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum
lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia
merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika
itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia
menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh
mengenai 'TAKDE APA-APA'.



MENGELUH YANG PERLAHAN

Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH
YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa
puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam,
jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan
kekal puas.



OKAY LAH

Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya
seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY
LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum
dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah
menyakitkan hatinya. 'OKAY
LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE'
bersama 'Kening Yang Terangkat'.



BUAT LAH

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat,
anda akan dilanda masalah yang besar.



TOLONGLAH

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan.
Seorang perempuan memberi anda peluang untuk
mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas
apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai
peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-
hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.



TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih.
Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.



TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang
perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah
terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang
anda telah menyinggung perasaannya dan akan
diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati
untuk tidak bertanya apa yang salah
selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya
akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.



oleh itu, jelas la menunjukkan org perempuan ni sebenarnya adalah seorg yg kreatif dalam berbahasa dan pemalu orangnya. seboleh2 nya perempuan ni tak nak menunjukkan maksud sebenar secara terang2an dan mudah, dia nak suruh lelaki ni berfikir secara kritis dan puitis sket.
hahahah...ye ke?? tak??

Tuesday, October 7, 2008

:: anniv - 10m ::

Our 10 Months Anniversary





credits: here