Wednesday, December 17, 2008

:: permintaan ::

saya terjumpa artikel yg begitu bagus dan bermakna ini semasa bersiar2 di alam blog. terima kasih kepada anda kerana sudi berkongsi ingatan ini. semoga kita akan sentiasa terus berdoa dan memohon kepadaNYA.


Sekiranya seorang kafir itu memohon kepada Allah, Allah memerintahkan agar malaikat Jibrail menunaikan hajatnya. Dan apabila seorang (mukmin) itu memohon, Allah memerintahkan malaikat Jibrail agar menahan, jangan ditunaikan hajatnya buat sementara, kerana Allah amat gembira mendengar suaranya.


Hadis ini menjelaskan bahawa segala ketentuan qadak dan qadar itu hanya dimaklumi oleh Allah maksudnya: Allah s.w.t Maha Pemurah Lagi Penyayang. Pemurah tidak kira kepada sesiapapun, sama ada orang yang meminta itu terdiri daripada orang yang beriman ataupun orang kafir yang ingkar, menyekutukannya, termasuklah permintaan daripada jin-jin.


Allah amat pemurah biarpun kepada mereka yang tidak beriman. Oleh kerana Allah benci mendengar permintaan daripada orang kafir, Allah memerintahkan malaikat Jibrail agar segera menunaikan permintaannya selepas ditunaikan, dia tidak akan merintih lagi.


Bagi orang yang beriman pula, Allah amat gemar mendengar doa-doanya. Andainya doa-doa itu terus ditunaikan, berkemungkinan, ia tidak akan memohon lagi. Kerana itu permohonan itu ditahan buat sementara, menyebabkan orang yang beriman itu sentiasa ingatkan Allah. Allah memberi kekuatan kepadanya, juga kesabaran, lalu akhirnya dibalas dengan syurga.

No comments: