Wednesday, January 7, 2009

:: 10 muharram ::

thanks to YOU and YOU for the info. sharing is caring.

peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram:

1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah

2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit

3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan

4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.

6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara

7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah

8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya

9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam

10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun

11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah

12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah

13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit

14. Hari pertama Allah ciptakan alam

15. Hari pertama Allah turunkan hujan

16. Hari pertama Allah turunkan rahmat

17. Allah jadikan Arasy

18. Allah jadikan Luh Mahfuz

19. Allah jadikan malaikat Jibril


empat belas perkara sunat dilakukan pada hari 10 Muharram:

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa

14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

No comments: