Tuesday, February 3, 2009

:: movie review : changeling ::

Masa Tayangan: Isnin, 9.30 pm

Tempat: Cineplex, Cineleisure Damansara



Sinopsis:

berdasarkan kisah benar sekita tahun 40'an. seorang wanita yang kehilangan anak lelaki dan berusaha untuk mencari anaknya.

beberapa bulan selepas itu, pihak polis mendakwa anaknya telah dijumpai tetapi wanita tersebut sedar bahawa itu bukanlah anaknya.

dia dituduh gila dan polis cuba untuk menutup kesilapan mereka.

pada masa yang sama, di tempat berlainan seorang lelaki dikenalpasti sebagai penculik kanak-kanak dan pembunuh bersiri.

Komen:

pada mulanya tidak mempunyai apa-apa idea tentang filem tersebut tetapi berjaya berasa seronok sepanjang 2jam 30minit, tak boring walaupun berlatarbelakangkan tahun 40'an.

Kesimpulan:

mendebarkan, tidak membosankan walaupun jalan cerita yang panjang, pelakon first-class.

No comments: